suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penampakan hantu di tanah perkuburan - “Keadaan bertukar pelik apabila loceng berbunyi”

Tony melalui kawasan perkuburan untuk ke sebuah pesta Hallowen bersama teman wanita dan dua anaknya.

PENAMPAKAN hantu di sebuah tanah perkuburan dirakam tanpa sengaja seorang pemuda ketika melalui kawasan tersebut.

Gambar yang diambil pemuda yang dikenali sebagai Tony menunjukkan kelibat lembaga berwarna putih sedang berlegar di kawasan perkuburan dekat Tuebrook, Liverpool.

Tony memberitahu semasa kejadian dia bersama teman wanita dan dua anaknya berjalan melalui kawasan perkuburan itu untuk menghadiri sebuah pesta Hallowen.

"Waktu itu baru pukul 8 malam dan banyak kereta lalu-lalang. Saya lebih takut berbanding anak saya yang berusia enam tahun.

Kelibat lembaga berwarna putih dirakam Tony tanpa sengaja.

"Ketika kami berjalan, saya mula terdengar bunyi bising tetapi kami tetap teruskan perjalanan.

"Saya merakam beberapa gambar dan terkejut apabila terlihat penampakan itu sebaik tiba di rumah," katanya.

Meskipun terkejut, Tony yang juga pemburu hantu ingin kembali ke tanah perkuburan itu.

"Sejujurnya saya ingin kembali dan memeriksa kawasan sekitarnya. Keadaan bertukar pelik apabila loceng berbunyi," katanya. - Dailystar

Artikel Lain