suria

Objek misteri muncul di ruang langit Mesir

Objek misteri menyerupai bentuk cerut muncul di dada langit Kaherah.

SATU objek misteri muncul di dada langit Kaherah baru-baru ini sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai kemunculan piring terbang atau UFO.

Video kemunculan objek misteri itu dimuat naik di Youtube pada 29 Oktober lalu dengan kapsyen 'Sesuatu yang pelik di langit'.

Video tersebut menunjukkan objek berbentuk silinder terang menyerupai cerut yang berpusing dan berputar di langit yang mendung di ibu kota Mesir itu.

Walaupun tidak bergerak, pemandangan aneh kelihatan menakutkan mereka yang menontonnya dari bawah.

Kemunculan objek misteri tersebut menjadi tumpuan apatah lagi dalam beberapa bulan kebelakangan beberapa objek pelik dilaporkan muncul di Amerika Syarikat. - Dailystar

objek, misteri, Mesir, Kaherah

Artikel Lain