suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seram! CCTV bar rakam lampu bergerak sendiri

CCTV sebuah di London merakam pergerakan dua biji lampu yang bergerak sendiri ketika pengurus bar sedang berseorangan di sebuah bilik.

SERAM! Kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bar di London merakam kejadian aneh beberapa hari sebelum Halloween, baru-baru ini.

Ketika kejadian, pengurus bar tersebut bersendirian dan sedang duduk menghadap komputer riba, sebelum tiba-tiba dua biji lampu di atas kepalanya bergerak sendiri.

Tiada siapa yang kelihatan berada di dalam bilik tersebut ketika itu.

Kelihatan pengurus bar itu memandang ke arah lampu tersebut sebelum klip itu berakhir.

Bercakap secara eksklusif kepada Daily Star Online, pengurus bar itu berkata: “Saya telah bekerja di sini lebih dari empat tahun dan sentiasa ada perkara-perkara pelik.

“Lampu berkilauan, cermin mata pecah tanpa disentuh, botol sos jatuh  dan kadang-kadang muncul perasaan seram namun saya tidak endahkannya. Tapi sekarang, melihat ini, saya sangat ketakutan ,” katanya.

Sebelum ini khabar-khabar angin mengenai kejadian seram bertebaran sejak bar itu dibuka. - Dailystar


cctv, bar, lampu

Artikel Lain