suria

Lelaki guna 11 kontena untuk bina rumah idaman, dekorasi dalamannya cukup hebat

Kediaman unik itu terletak di McGowen, Houstan, Amerika Syarikat.

APABILA berbicara mengenai rumah impian, setiap individu mempunyai citarasa berbeza.

Ada yang mahukan rumah besar dan mewah, ada juga yang selesa dengan kediman kecil mahupun tradisional.

Begitu juga dengan pereka ini yang mana dia menggunakan imaginasi untuk membina rumah impian menggunakan kontena.

Will Breaux menggunakan 11 kontena yang mana rumah itu memiliki keluasan 2,500 kaki persegi.

Hiasan dalaman rumah itu.

Kediaman unik itu terletak di McGowen, Houstan, Amerika Syarikat.

Susunan kontena itu menjadikan ia sebagai kediaman tiga tingkat, lengkap dengan dek atas bumbung.

"Kontena sangat kuat, kalis api, tahan lama, tahan ribut taufan dan ada ciri-ciri yang unik," kata Breaux. - Bored Panda.

rumah idaman, dekorasi, kontena

Artikel Lain