Sekurang-kurangnya 166 kanak-kanak didera secara seksual oleh paderi gereja Katolik di Colorado sejak 70 tahun lepas - Dunia | mStar

Sekurang-kurangnya 166 kanak-kanak didera secara seksual oleh paderi gereja Katolik di Colorado sejak 70 tahun lepas

Puluhan paderi di sebuah gereja Katolik di Colorado didakwa melakukan penderaan seksual terhadap sekurang-kurangnya 166 kanak-kanak sejak 70 tahun lalu. Foto: CNN

JIJIK!

Itulah yang dapat digambarkan dengan perbuatan puluhan paderi di sebuah gereja Katolik di Colorado yang melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Menurut satu laporan 263 halaman yang dikeluarkan pada Rabu, sekurang-kurangnya 166 kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seksual sejak tahun 1950.

“Ini adalah sejarah yang gelap dan menyakitkan,” kata Peguam Negara Colorado Phil Weiser kepada wartawan.

Selama tujuh bulan, bekas peguam Amerika Syarikat, Bob Troyer mengkaji lebih daripada 500 fail paderi dan menemubual saksi, mangsa dan penguatkuasaan undang-undang.

Dalam penemuannya, Troyer mengatakan kebanyakan insiden berlaku pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Tuduhan terbaru dibuat pada tahun 1998 dan melibatkan seorang paderi Denver yang melakukan penderaan secara seksual terhadap empat orang kanak-kanak, kata laporan itu.

Manakala terdapat kes di mana seorang paderi yang didakwa melakukan penderaan seksual terhadap lebih 60 kanak-kanak.

Paderi Harold Robert White didakwa melakukan penderaan secara seksual terhadap sekurang-kurangnya 63 kanak-kanak selama lebih 21 tahun.

White meninggal dunia pada 2006. Dia tidak pernah dihantar untuk penilaian psikiatri, dan dia tidak pernah disiasat, kata laporan itu. - CNN

paderi , Katolik , gereja , Colorado

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Wanita dirogol ketika ziarah kubur

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).