suria

Menyentuh hati! Bercinta 12 tahun, lelaki ini kahwin dengan mayat tunang ketika hari pengebumian

Lelaki ini memenuhi permintaan tunangnya yang meninggal dunia sebelum dikebumikan. -foto Daily Star

SEORANG lelaki berusia 35 tahun berkahwin dengan mayat tunangnya sewaktu majlis pengebumian.

Ia bagi memenuhi permintaan wanita itu yang menghidap kanser payudara.

Xu Shinan dari China berkahwin dengan mayat tunangnya yang meninggal dunia pada usia 34 tahun di sebuah rumah pengebumian.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 19 tahun sarung cincin sendiri, 'kahwin' dengan mayat teman lelaki sebelum dikebumi

ARTIKEL BERKAITAN: Berkahwin dengan mayat, rakyat China kembali amalkan adat kuno

Menurut laporan, Yang Liu meninggal pada 14 Oktober selepas berjuang dengan penyakit tersebut selama lima tahun setengah.

Pada 6 Oktober, bakal pengantin perempuan itu koma dan Shinan berkata: "Dia sudah tak kenal saya dan akhirnya kami tak berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal."

Montaj menyentuh hati menunjukkan perjalanan hidup pasangan itu selama sepanjang 12 tahun ditayang pada skrin ketika Shinan membaca ikrar perkahwinan.

Tayangan perjalanan hidup pasangan ini ketika majlis perkahwinan diadakan.

Ketika itu keranda 'pengantin' dikelilingi bunga mawar dan dibiar terbuka.

"Saya tahu saya dah janji dengan kamu bahawa saya tak akan menangis, tapi maaf, saya tak dapat melakukannya," katanya.

Pasangan itu merancang untuk berkahwin pada 2013, tetapi majlis itu ditangguhkan apabila Liu sakit di payudara kanan dan kemudian didiagnosis kanser.

Liu yang baru berusia 28 pada masa itu diberitahu dia hanya mempunyai lima tahun untuk hidup.

Pasangan ini mula bercinta sejak 2007.

Beberapa tahun berikutnya Liu terus menjalani rawatan termasuk kemoterapi dan radioterapi, dan dia mendokumentasikan pengalamannya di media sosial Weibo sebagai sokongan kepada penghidap kanser lain.

Penyiar China, CCTV ingin menemubual 'pesakit bintang' itu, tetapi dia menolak tawaran selepas rambutnya gugur kesan daripada kemoterapi dan tidak mahu muncul di televisyen dalam keadaan sedemikian.

Menurut laporan, Shinan sentiasa berada di samping mayat tunangnya 24 jam sehari selama satu minggu selepas kematiannya.

Pasangan ini bertemu di universiti dan jatuh cinta pada Ogos 2007.

Semasa pengebumiannya yang mana mayat dipakaikan gaun putih, Shinan berkata: "Apa yang saya boleh lakukan ialah memenuhi kehendak kamu dan melihat kamu memakai baju perkahwinan ini adalah kehendak saya." -Daily Star

kanser, payudara, mayat, kahwin

Artikel Lain