suria

Seluar ditarik mesin kisar gandum, remaja hilang buah zakar

Nasib malang menimpa remaja ini ketika dia mahu belajar cara menggunakan mesin pengisar gandum. -foto newtelegraphng.com

SEORANG remaja cedera buah zakar selepas seluar panjang besar yang dipakainya 'diragut' mesin pengisar.

Bashir Salisu sedang belajar cara mengisar gandum dengan seorang pekerja di pasar Muda Lawal di Bauchi, Nigeria.

Malangnya, seluar yang dipakai pelajar berusia 14 tahun itu tersangkut pada mesin pengisar yang sedang bergerak laju.

Dalam kejadian itu, mesin tersebut menarik remaja berkenaan dan bahagian zakarnya terus cedera.

Doktor dapat menyelamatkan bahagian zakar tetapi tidak buah zakarnya.

Mangsa ditemubual oleh akhbar tempatan dari katil hospital di Abubakar Tafawa Balewa University Teaching Hospital selepas kemalangan pada jam 10 pagi Jumaat.

Bashir sedih mengimbas kembali kejadian mengerikan itu yang berlaku ketika dia mahu belajar cara menggunakan alat tersebut.

"Apabila seluar saya tertarik akibat talinya bergerak pantas, ia terus menyebabkan buah zakar saya cedera serius.

"Kesakitan itu tak dapat dibayangkan dan saya dikejarkan ke hospital, di mana kakitangan perubatan mula merawat saya.

"Malangnya, buah zakar tak dapat diselamatkan dan tak boleh diganti... doktor mengesahkan situasi ini tidak dapat ditangani.

"Saya bekerja selepas waktu sekolah dan semasa hari cuti untuk membolehkan saya berdikari semasa dan selepas pengajian kerana susah nak dapat pekerjaan yang bagus.

"Ibu bapa saya miskin dan saya perlu mempersiapkan diri, bukan kerja untuk diri sendiri sahaja tetapi juga membantu mereka dan adik-adik," katanya.

Bapanya, Malam Salisu Mohammed juga mengakui berasa ngeri semasa bercakap dengan akhbar Nigeria, New Telegraph.

Petani itu berkata: "Saya berasa sangat terganggu pada awalnya tetapi kemudian tenang, percaya bahawa tragedi itu sebagai takdir."

Dr Liman Usman berkata pihak hospital sedang mencari skrotum plastik untuk remaja berkenaan.

Dia mengesahkan buah zakarnya tidak dapat diselamatkan, tetapi bahagian zakarnya berjaya dipertahankan.

"Apa yang boleh dilakukan ialah memasang skrotum plastik, jadi, apabila dia merasainya, akan memberi kesan bahawa dia mempunyai buah zakar utuh.

"Ini baik untuk perkembangan psikologinya, tetapi ini tidak boleh dilakukan di Nigeria, kecuali di luar negara." -Daily Star

zakar, cedera, skrotum

Artikel Lain