suria

Ajaib! Bayi terjaga dari koma dan memberi senyuman kepada bapa

Michael Labuschagne dikejarkan ke hospital tujuh bulan yang lalu apabila dia bangun tidur setelah mengalami serangan jantung, namun keajaiban berlaku apabila dia membuka mata dan tersenyum kepada bapanya.

AJAIB! Itulah yang dapat digambarkan bagi kisah pasangan ini.

Tujuh bulan lalu, anak kepada pasangan Emma dan Stuart Labuschagne dikejarkan ke hospital selepas tercungap-cungap ketika bangun tidur, akibat serangan jantung.

Bayi itu, Michael Labuschagne kemudiannya diletakkan di dalam keadaan koma malah ibu bapanya diberitahu dia mungkin tidak akan bangun.

Namun tanpa dijangka, keajaiban berlaku apabila si kecil Michael, membuka matanya dan senyum kepada bapanya.

Khabar gembira itu tidak lama, apabila terdapat kemungkinan bayi lelaki itu mengalami kerosakan otak.

Namun imbasan mendedahkan bahawa keadaan tersebut tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, Stuart dan ibu Emma menerima tamparan hebat apabila diberitahu bahawa Michael mempunyai tumor hati yang luar biasa yang memerlukan pembedahan dengan kos yang tinggi untuk merawatnya.

Michael tidak dapat duduk atau menyokong kepalanya sendiri.

“Dia seorang bayi kecil yang comel, sukar untuk mempercayai dia akan melalui semua ini. Dia adalah satu keajaiban,” kata Emma.

“Pada masa itu saya tidak fikir Michael akan meneruskannya.

“Namun, saya amat gembira bahawa dia terselamat. Dia terselamat daripada serangan jantung di hanya tujuh peratus pesakit saja berjaya lakukannya,” katanya lagi.

Michael dipasang dengan perentak jantung selepas bangun dari koma, namun malangnya ia menyekat pergerakan otot.

Pada masa ini, bayi yang kini berusia sepuluh bulan itu tidak dapat duduk atau menyokong kepalanya sendiri.

Emma menambah: “Setiap hari adalah tanda tanya, sehingga kita dapat mengeluarkan ketumbuhan itu.”

Emma kini telah membuka laman GoFundMe untuk mencuba dan mendapatkan wang bagi membiayai pembedahan Michael. - Mirror

koma, Bristol, senyum

Artikel Lain