Pelancong putus tangan, payudara dirobek jerung ketika berenang bersama ikan lumba-lumba - Dunia | mStar

Pelancong putus tangan, payudara dirobek jerung ketika berenang bersama ikan lumba-lumba

Mangsa dipercayai diserang jerung spesies 'whitetip'. -foto Getty

SEORANG pelancong yang berenang bersama ikan lumba-lumba hilang payudara dan kedua-dua tangannya akibat diserang jerung.

Wanita berusia 35 tahun itu berada di sebuah lagun di Polynesia Perancis bersama keluarganya, termasuk anak lelaki berusia enam tahun yang menyaksikan serangan itu.

Mereka berkunjung ke situ untuk satu lawatan melihat ikan paus dan meninggalkan lagun itu untuk mengikut haiwan tersebut di kawasan laut terbuka sebelum diserang jerung dalam kejadian pada Isnin.

Radio Perancis, Radio 1 melaporkan ketika dibawa naik ke pantai, mangsa masih sedar dan bertanya: "Kenapa kamu bawa saya ke sana jika ia tidak selamat?"

Lokasi kejadian. -foto Getty

Dia diberikan pertolongan cemas di sebuah hotel berdekatan sebelum dibawa ke hospital, di mana keadaannya kini stabil menurut laporan.

Seorang saksi memberitahu stesen radio: "Saya melihat wanita ini tanpa tangan, ia tergantung. Bahagian rusuk di sebelah kanannya juga cedera. Semua orang sangat panik."

France Info melaporkan bahawa jerung terbabit adalah spesies 'whitetip' yang dikenali penduduk tempatan sebagai parata.

Mereka berkata satu kertas siasatan telah dibuka untuk menentukan apa sebenarnya yang berlaku di pulau Moorea Pasifik Selatan itu.

Menurut Fail Serangan Jerung Antarabangsa, serangan di kawasan itu jarang berlaku dengan hanya enam serangan berlaku di Polynesia sejak 1580.

Di seluruh dunia, terdapat enam serangan jerung yang dahsyat dan membawa maut dengan purata 84 insiden setahun antara 2013 dan 2017. -MetroUK

serang , jerung , pelancong , cedera

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain