suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 18 bulan kritikal, perut dibelah organ dalaman terdedah

Gambar Hiasan

BUDAK lelaki 18 bulan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di padang berhampiran rumah keluarganya di daerah Munger, Bihar di India.

Penduduk Sondiha Tanti Tola terkejut apabila melihat perut kanak-kanak itu terbelah dengan jantung, usus dan paru-parunya terdedah.

Ashish Kumar, anak tunggal kepada Krishna Tanti dikejarkan ke hospital berdekatan sebaik ditemui penduduk.

Polis turut dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sebaik tiba di hospital, doktor segera menjahit perut kanak-kanak itu sebelum dirujuk ke hospital di Bhagalpur untuk rawatan lanjut.

Ibu kanak-kanak malang itu, Rekha Devi memberitahu suaminya yang sedang bekerja mengenai tragedi yang menimpa anak mereka.

Menurutnya, Ashish sedang bermain di luar rumah apabila tiba-tiba dia terdengar bunyi orang menjerit.

Sebaik bergegas keluar rumah, dia mendapati anaknya itu terbaring di padang berdekatan rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah dengan organ dalaman terdedah.

Penduduk setempat mengesyaki kejadian itu angkara kumpulan yang memperdagangkan organ.

"Keluarga saya tidak bermusuh dengan sesiapa," katanya.

Susulan laporan yang dibuat penduduk kampung, pasukan polis dari Balai Polis Tarapur memulakan siasatan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab.-indiatoday.in

Ashish Kumar, Munger, organ

Artikel Lain