suria

Pasangan diugut bunuh, anak angkat disangka 9 tahun sebenarnya wanita kerdil 22 tahun!

Natalia (kiri) seolah-olah menghilangkan diri sejak 2013 apabila tidak menjawab panggilan telefon ibu angkatnya, Kristine (kanan).

UMPAMA dalam filem, kisah yang dilalui pasangan dari Indiana, Amerika Syarikat ini memang sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Niat ikhlas pasangan Kristine Barnett dan suaminya, Michael Barnett untuk membantu seorang budak perempuan dengan mengambilnya sebagai anak angkat berakhir dengan sesuatu yang mengejutkan mereka.

Warga kelahiran Ukraine, Natalia Grace berusia enam tahun ketika pasangan itu mengambilnya sebagai anak angkat pada 2010.

Bagaimanapun, pelbagai rahsia terbongkar sedikit demi sedikit ketika Natalia tinggal bersama pasangan berusia 45 dan 43 tahun ini.

Kediaman mereka yang diharapkan lebih ceria selepas kehadiran Natalia berubah hingga menyebabkan pasangan ibu bapa angkatnya terpaksa melarikan diri ke Kanada.

Selepas tiga tahun, ketika usia Natalia sepatutnya mencapai sembilan tahun, kedua-dua suami isteri ini telah didakwa kerana dikatakan mengabaikan anak angkat mereka.

Pada mulanya proses pengambilan anak angkat berjalan lancar termasuk sijil lahirnya mencatatkan usianya enam tahun ketika itu.

Bagaimanapun, selepas tiga tahun menjaganya pasangan itu terkejut apabila mendapati sebenarnya Natalia  berusia 22 tahun, bukannya sembilan tahun!.

Menurut dokumen polis, Natalia menghidapi seorang kerdil dengan ketinggiannya hanya kira-kira satu meter.

Selain itu, pasangan berkenaan juga sering menjadi mangsa apabila Natalia dikatakan cuba membunuh mereka dengan mengugut untuk menikam mereka ketika tidur dan mencampurkan cecair peluntur ke dalam minuman.

"Ada ketikanya dia akan lukis atau meluahkan perasaannya dan menyatakan niatnya untuk membunuh kami sekeluarga, kemudian dibungkus dengan selimut sebelum diletakkan di belakang rumah," kata Kristine ketika ditemubual Daily Mail.

Menurut ibu angkat Natalia lagi, ketika memandikannya dia mendapati ada bulu ari-ari pada kemaluannya, selain anaknya itu juda melalui tempoh haid dan mempunyai gigi seperti wanita dewasa.

Malahan, katanya, doktor juga mengesahkan Natalia mengalami masalah psikologi teruk yang hanya dialami golongan dewasa.

"Cara percakapannya juga menampakkan dia seorang yang berusia," katanya yang kemudiannya merangka rancangan untuk mendaftarkan Natalia ke kolej sebelum terbang ke Kanada.

Pasangan itu juga menyiapkan segala keperluan Natalia di Indiana termasuk bayaran sewa rumah dan menyediakan bekalan makanan.

Ketika di Kanada, mereka masih berhubung dengan Natalia setiap hari sehingga pada 2013 apabila sebarang panggilan telefon tidak dijawab, seolah-olah dia menghilangkan diri.

Pasangan itu mempunyai tiga lagi anak termasuk seorang anak autisme, Jake Barnett ini kesal kerana digambarkan gagal menjaga anak angkat mereka dengan baik. Malahan, pihak media juga melakukan perkara sama tanpa mengetahui kisah sebenar.

Kini, Kristine yang telah bercerai dengan suaminya berdepan pertuduhan kerana mengabaikan Natalia dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan akhir bulan ini.-indiatoday.in























Natalia, Indiana, Kanada, kerdil

Artikel Lain