suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Liverpool nyanyi lagu 'Allez, Allez Allez' sebelum anak meninggal dalam dakapan

Teddy meninggal dunia dua hari selepas dilahirkan.

SEORANG bapa menyanyikan lagu sorakan Liverpool 'Allez Allez Allez’ sebelum bayi lelakinya meninggal dunia semasa dalam dakapannya.

Teddy Bear Bowers merupakan anak kepada pasangan Michael Bowers dan Xena Maud dari Bradford yang dilahirkan pada 2 Ogos lalu.

Dia disahkan mengalami masalah jantung ketika berusia 20 minggu semasa dalam kandungan ibunya.

Ini bermaksud ibunya diberi pilihan untuk menggugurkan kandungan itu, lapor Liverpool Echo.

Namun Michael tidak bersetuju dengan pilihan itu dan memilih untuk menerima Teddy seadanya.

"Kami mahu melihat anak lelaki kami dan biarlah dia pergi dengan tenang," kata penyokong tegar Liverpool itu.

Doktor turut menggesa agar pembedahan segera dilakukan ke atas Teddy.

Namun dua hari selepas dilahirkan Teddy, keadaan kesihatannya semakin teruk.

Dia meninggal dunia di sisi ibu dan bapanya pada 10 Ogos lalu. - Dailystar

Artikel Lain