Suami kepada wanita tertua lahirkan bayi kembar diserang sakit jantung - Dunia | mStar

Suami kepada wanita tertua lahirkan bayi kembar diserang sakit jantung

Erramatti dan suaminya Raja menerima kelahiran cahaya mata kembar selepas 54 tahun menunggu.

SUAMI kepada wanita warga emas yang melahirkan anak kembar dimasukkan ke hospital disebabkan serangan jantung.

Erramatti Mangayamma,74, melahirkan anak kembar minggu lalu selepas 54 tahun menanti kelahiran cahaya mata.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 1962 dan tidak mempunyai cahaya mata sehinggalah tahun ini.

Bayi kembar yang dilahirkan Erramatti.

Pengarah Hospital Ahalya di Kothapet, Dr Sanakayyala Umashankar berkata, pembedahan berjalan lancar dan ibu serta anak kembarnya berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kompikasi.

"Ia merupakan satu rekod dunia," katanya.

Sementara itu, seminggu kemudian suaminya Raja Rao pengsan selepas sehari menyambut kelahiran anak kembarnya itu dan kini masih mendapat rawatan di hospital.

Erramatti dari Hydrerabad, india melakukan rawatan IVF dan melahirkan anak secara pembedahan pada Selasa lalu. - mirror.co.uk

Anak kembar , warga , emas , IVF

Artikel Berkaitan

Artikel Lain