suria

Mangkuk tandas bersalut emas RM5.2 juta dicuri, pengunjung boleh guna hanya tiga minit

Pengunjung hanya dibenarkan menggunakan tandas ini selama tiga minit sahaja.

MANGKUK tandas bersalut emas 18 karat yang baharu dipasang di Blenheim Palace telah hilang dicuri.

Mangkuk tandas yang berharga sejuta paun (RM5.2 juta) dipamerkan pada Khamis lalu dan didapati hilang awal pagi Jumaat.

Insiden berlaku di Woodstock, Oxfordshire sebelum pukul lima pagi Jumaat lalu.

Menurut polis Themes Valley, susulan kecurian itu, kawasan tandas tersebut rosak dan menyebabkan limpahan air.

Mangkuk tandas ini pernah dipamerkan di New York pada tahun 2016 dan mendapat perhatian.

Pihak berkuasa juga telah menahan seorang lelaki berusia 66 tahun berkaitan dengan insiden itu.

Mangkuk tandas mewah ini dipamerkan sempena dengan pameran 'America' di Windston Churchill minggu ini.

Pengunjung diberi peluang menggunakan tandas itu untuk tempoh tiga minit sahaja bagi mengurangkan tempoh beratur pengunjung lain. -mirror.co.uk

Mangkuk tandas, emas, hilang

Artikel Lain