Masakan tak sedap, suami 'menggila' bakar isteri - Dunia | mStar

Masakan tak sedap, suami 'menggila' bakar isteri

Suami membakar rumah didiaminya semata-mata berniat untuk mencederakan isterinya yang tidak pandai memasak.- Gambar sekadar hiasan.

SEORANG wanita yang sedang hamil menderita kerana sering dimarahi suaminya gara-gara masakan tidak sedap.

Tanpa mempedulikan keadaan isterinya, lelaki itu tidak bercakap banyak dan membuat keputusan di luar batasan.

Pada satu malam, selepas makan malam dan semua penghuni rumah lelaki itu sudah tidur, dia mula menyalakan api dengan niat untuk membakar isterinya.

Gambar hiasan.

Ketika itu, isteri malang itu juga sedang tidur.

Bagaimana pun wanita bernasib baik apabila jiran terdekat tersedar dan menyelamatkannya membawa keluar dari rumah itu.

Suaminya itu kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

Kejadian dilaporkan berlaku di India. - worldofbuzz

Masakan , tak sedap , bakar isteri

Artikel Berikut

Mayat mereput tak henti bergerak lebih setahun

Artikel Lain