suria

Bekas tentera dedah menderita didera buat aksi lucah, jadi 'detektif Facebook' cari pengasuh selepas 30 tahun

Knight didera pengasuhnya ketika kanak-kanak. Foto: Triangle News

PENGALAMAN didera lebih 30 tahun lalu tidak pernah dilupakan oleh bekas seorang bekas anggota tentera ini.

Shaun Knight,35, berkongsi bagaimana dia menjadi detektif Facebook untuk mencari seorang pengasuh yang menderanya.

Sejak berusaha enam hingga 10 tahun, hidup Knight menderita ketika berada di bawah jagaan Georgina Woodburn.

Ketika itu usia Woodburn 11 tahun ketika kali pertama menderanya selama lima tahun.

Knight masih ingat bagaimana Woodburn memaksanya melakukan aksi lucah yang menghantuinya sehingga sekarang.

Knight ketika kanak-kanak. Foto: Triangle News

Tentera veteran ini mula aktif Facebook pada November 2017 untuk mencari wanita tersebut dan akhirnya berjaya.

Dia menghubungi Woodburn dan membuat pengakuan untuk membawanya ke mahkamah.

"Ketika melihatnya, saya seperti 'itu dia, Honey Monster'. Itulah yang saya paling ingat.

"Saya mempunyai perasaan yang tepat, dapat rasakan kehidupan sendiri telah hilang," jelasnya kepada Sunday People.

Jelas Knight, dia tepaksa menunggu lama untuk bertemu dnegan wanita itu dengan menghantar lebih 50 mesej.

"Ia mengambil masa lebih kurang setahun untuk bercakap dengannya. Dia selalu memberi alasan dan mengatakan tidak ingat banyak perkara. Secara asasnya dia cuba menipu saya." - mirror.co.uk

Lelaki, didera, lucah, pengasuh

Artikel Lain