suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tembak pelayan hingga mati gara-gara berang lambat dapat sandwic

Polis berdiri di lokasi mangsa ditembak mati.

SEORANG pelayan lelaki di sebuah restoran ditembak mati oleh pelanggan yang dipercayai berang kerana lambat mendapat sandwic yang dipesannya.

Siasatan dijalankan ke atas lelaki berusia 28 tahun itu yang maut ditembak di luar sebuah restoran dekat Paris.

Pelayan itu maut di lokasi kejadian selepas ditembak di bahagian bahu dengan sepucuk pistol pada malam Jumaat lalu.

Suspek berjaya melarikan diri dari restoran terbabit dan masih bebas.

Seorang saksi memberitahu polis suspek hilang sabar terhadap layanan lambat menyebabkan dia melepaskan tembakan kerana sandwicnya tidak disiapkan dengan cepat.

Insiden pembunuhan itu amat mengejutkan penduduk di Noisy-le-Grand, sebuah subbandar di timur Paris.

"Insiden itu amat menyedihkan. Restoran itu tiada masalah. Ia baharu saja dibuka beberapa bulan lalu," kata saksi. - Metro.co.uk

sandwic, restoran, tembak

Artikel Lain