Demi wang, pasangan kekasih kantoi palsukan kematian anak lelaki yang tak wujud - Dunia | mStar

Demi wang, pasangan kekasih kantoi palsukan kematian anak lelaki yang tak wujud

Bayi lelaki diberi nama sebagai Easton sebenarnya tidak wujud.

PASANGAN kekasih sanggup memperdayakan rakan dan ahli keluarga mengenai kematian bayi mereka yang baharu saja dilahirkan demi mendapatkan wang.

Shysters Geoffrey dan Kaycee Lang didakwa memalsukan kematian bayi lelaki mereka yang diberi nama Easton Walt akibat kegagalan pernafasan sebaik dilahirkan pada 3 Julai lalu.

Pasangan dari Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) itu mewujudkan akaun GoFundMe sebaik kematian Easton mendakwa wang bantuan orang ramai itu akan digunakan untuk membayar proses pengebumian bayi lelaki mereka itu.

Malah pasangan itu turut memuatnaik sekeping gambar dan ayat-ayat sedih mengenai pengalaman mereka membelai Easton sebelum dia meninggal dunia.


Penipuan pasangan kekasih ini bagaimanapun terbongkar.

"Tolong doakan saya dan isteri. Anak lelaki kami Easton dilahirkan dengan masalah cecair di paru-paru dan meninggal dunia beberapa jam selepas dilahirkan," tulis pasangan itu di akaun GoFundMe itu.

Pasangan itu berjaya memperoleh 15 sumbangan berjumlah 450 pound sterling.

Namun perbuatan mereka berjaya didedahkan kawan baik Lang, Cynthia Dilascio yang meragui kehamilan wanita itu dan segera menghubungi polis.

Pasangan itu didakwa melakukan penipuan dan kecurian. Kes mereka akan dibicarakan pada Oktober depan.

GoFundMe dalam satu kenyataan berkata:"Kami tidak akan berkompromi dengan perbuatan melampau itu." - Dailystar.co.uk

GoFundMe , penipuan , kematian , wang

Artikel Berkaitan

Artikel Lain