suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hantuk kepala suami dengan komputer riba gara-gara pandang wanita lain

Wanita itu dirakam menghantuk kepala suaminya dengan menggunakan komputer riba.

SEORANG wanita menghantuk komputer riba ke kepala suaminya selepas mereka berbalah di dalam sebuah pesawat.

Insiden dipercayai berlaku ketika pesawat dinaiki mereka mahu berlepas dari Miami menuju ke Los Angeles pada Ahad lalu.

Gelagat wanita itu yang turut menengking lelaki tersebut yang dipercayai suaminya dirakam penumpang dalam pesawat terbabit.

Sebelum menghantuk komputer ribanya, wanita itu didakwa menengking suaminya kerana melihat wanita lain.

Polis mengenal pasti wanita itu sebagai Tiffany McLemore.

Seorang anak kapal cuba meredakan keadaan ketika McLemore menjerit kepada suaminya.

McLemore dimaklumkan bahawa dia akan didakwa atas pertuduhan melakukan serangan dan dia didengari berkata "Baiklah, apa-apa sahaja."

Video itu dimuat naik di YouTube pada Isnin lalu oleh Julia Scorupco, salah seorang penumpang pesawat American Airlines itu.

Namun dia menjelaskan video itu diperolehi menerusi seorang lagi penumpang yang tidak dapat dikenal pasti. - The Sun

Artikel Lain