suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengantin kena 'troll' gara-gara pakai topi besar hingga tak dapat dilihat tetamu

Emma mahu memastikan semua mata tertumpu kepadanya. Foto @emma_rosenzweig/ Instagram

SEORANG pengantin perempuan menjadi bahan jenaka kerana memakai topi jerami bernilai £600 (RM3,072) yang terlalu besar sehingga wajahnya tidak dapat dilihat tetamu.

Pelakon warga Denmark, Emma Leth memakai topi rekaan pereka fesyen, Jacquemus.

Dia turut menyarungkan busana daripada kain les yang jarang sehingga menampakkan seluar dalamnya, pada majlis perkahwinannya tahun lalu.

Gambar pelakon berusia 28 tahun itu semasa sedang belajar kembali tular dan menjadi bahan gurauan.

Menerusi halaman Facebook That's it, I'm wedding shaming, seorang wanita mengkritik pakaian itu dan memberitahu: "betapa teruknya perkahwinan orang kaya boleh jadi."

"Inilah saya apabila keluar rumah tanpa memakai krim pelindung matahari," kata seorang wanita lain. - Mirror UK



pengantin, busana

Artikel Lain