Misi tanam pokok, lelaki ini rela jalan mundur 1,000 km mahu jumpa Jokowi - Dunia | mStar

Misi tanam pokok, lelaki ini rela jalan mundur 1,000 km mahu jumpa Jokowi

GIGIH memperjuangkan isu alam sekitar, seorang lelaki berjalan terbalik sejauh hampir 1,000 kilometer dari Tulungagung, Jawa Barat ke Jakarta.

Perjalanan yang ditemui Medi Bastoni ini semata-mata untuk menggesa Presiden, Joko Widodo atau mesra disapa Jokowi menanam pokok di kampungnya yang terletak di kaki Gunung Wilis.

Lelaki berusia 43 tahun dari Dusun Dono di daerah Sendang itu memulakan ekspedisinya di depan pejabat pentadbir daerah Khamis lalu.

"Saya harap dapat bertemu Pak Jokowi dan menyertai sambutan Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos ini di Istana Presiden," katanya.

Misi kali ini adalah aksi jalan mundur yang ke tujuh dilakukan Medi di mana sebelum ini ketika sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-73 tahun lalu.-JakartaPost.com


Medi , Jokowi , kemerdekaan , Gunung Wilis

Artikel Lain