suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hobi pemuda ini cium buaya, kejutan untuk pelancong

Juan Cerdas mencium seekor buaya di Sungai Tarcoles. Foto Reuters

SEORANG lelaki mencium seekor buaya dalam lawatan sekumpulan pelancong menaiki bot di Costa Rica.

Juan Cerdas berkata, salah satu hobinya adalah suka mencium dan memberi makanan kepada haiwan itu untuk pelancong yang menyertai 'lawatan ke sungai buaya' di Sungai Tarcoles.

Sungai yang terletak di wilayah Puntarenas itu, merupakan salah satu lokasi yang mempunyai populasi buaya tertinggi di dunia.

Kebanyakan spesis itu merupakan buaya Amerika, yang boleh ditemui di Florida.

Haiwan itu boleh membesar sehingga sepanjang 5.2 meter.

Bagaimanapun, Jun memberitahu haiwan-haiwan itu tidak agresif.

Sungai tersebut menjadi tarikan ramai pelancong sejak beberapa tahun. - Mirror UK



buaya

Artikel Lain