suria

Bayar hotel namun bermalam dalam kereta gara-gara bilik tiada penghawa dingin

Keluarga Jane terpaksa bermalam dalam kereta gara-gara bilik hotel tiada penghawa dingin. Foto: Kennedy News and Media

RANCANGAN untuk tidur di sebuah hotel tidak kesampaian apabila bilik yang ditempah tidak mempunyai penghawa dingin.

Kate dan John Dempsey  dai Croydon terpaksa mengambil keputusan tidur dalam kenderaan mereka selepas suhu bilik mereka mencecah 31 darjah Celsius.

Bilik yang ditempah itu bukan sahaja tidak mempunyai penghawa dingin malah mereka juga tidak boleh membuka tingkap bilik.

Mereka terpaksa begilir-gilir tidur di dalam kenderaan selama dua malam dan mereka berada di Warrington kerana mempunyai urusan kerja di sana.

Malah anak mereka, Fraser,23, juga terpaksa berbuat demikian dan ruang belakang kenderaan mereka dijadikan seperti tilam.

“Bilik seperti sauna. Saya membayar 75 pound (RM385) semalam untuk tidur di dalam kereta sendiri.

“Tiada siapa antara kami yang dapat tidur lena. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain dan kami penat dengan huru-hara ini.

“Kami tidak boleh bekerja dengan lancar,” jelas Kate.

Kakitangan di hotel itu memberi sebuah kipas, cadar dan turut menawarkan untuk tinggal di hotel berdekatan yang mempunyai penghawa dingin.

Bagaimana pun mereka enggan menerima tawaran tersebut. –metro.co.uk

Bilik hotel, penghawa dingin

Artikel Lain