suria

Lelaki diculik, dipukul, disimbah asid untuk dapatkan wang tunai, jam tangan Rolex

Sekumpulan lelaki dihukum penjara kerana menculik, memukul dan menyimbah asid terhadap seorang mangsa. Foto Metropolitan Police

SATU kumpulan menculik seorang lelaki, memukul dan menyimbah asid pada mangsa bagi mendapatkan wang tunai dan jangan tangannya jenama Rolex.

Kumpulan itu dipenjara selepas ahlinya, Aston Rochester, 36, Denzil Rochester, 31, Jamal Gordon-Harris, 23, Rennell Rutty, 27 dan Bradley Evans, 40, didapati bersalah melakukan konspirasi penculikan.

Keputusan tersebut susulan perbicaraan dibicarakan di Mahkamah Crown Harrow di London, United Kingdom yang berlangsung selama enam minggu.

Kumpulan itu menculik mangsa pada September tahun lalu, dan berulang kali memukulnya sebelum membawa mansga ke sebuah rumah di Fulham, London.

Mangsa dilaporkan dimasukkan ke dalam bilik mandi dan asid disimbah ke atasnya.

Mereka menuntut £6,000 (RM31,040) daripada keluarga mangsa, dan jam tangan Rolex milik mangsa.

Memetik laporan My.London, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi sebuah jalan dan ditemui orang awam.

Ketika kejadian, mangsa dan teman wanitanya baru pulang dari makan malam dan menuju ke kawasan parkir kereta.

Pada mulanya, kumpulan penculik itu menarik masuk teman wanita mangsa ke dalam sebuah van.

Teman wanitanya bagaimanapun berjaya melarikan diri, tetapi mangsa diculik sebelum dipukul dan disimbah asid. - Mirror UK

culik, asid, Rolex

Artikel Lain