suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis sewa kereta Rolls Royce bertatah kristal Swarovski untuk majlis prom

Isha kelihatan anggun bergaya dengan gaun berwarna biru.

SEORANG gadis tiba di majlis prom dengan menaiki sebuah kereta Rolls Royce yang dihiasi dengan lebih empat juta kristal Swarovski.

Kehadiran Isha Sanah Akhtar, 16, ke majlis hujung tahun itu yang berlangsung di Blackburn, Lans pada Khamis lalu amat mengejutkan rakan sekolahnya.

Isha turut memakai gaun berwarna biru berharga 260 pound sterling selain mengupah kru jurugambar sempena majlis itu.

Kereta Rolls Royce itu disewa bapa saudaranya, Amar Akbar pada harga 500 pound sterling untuk tempoh 15 minit.

Isha turut menyediakan karpet merah untuk dilaluinya ke dewan majlis.

Bukan itu sahaja, Isha turut menyediakan karpet merah dari kereta tersebut sehinggalah menuju ke dewan majlis.

"Sejak kecil lagi bapa saudara saya sudah seperti bapa saya sendiri.

"Dia mahu melakukan sesuatu yang istimewa untuk majlis prom saya," katanya. - Dailystar.co.uk

majlis prom, Rolls Royce, Swarovski

Artikel Lain