suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu selamba pandu balik rumah, dengan anak-anak dalam pelampung kolam atas kereta

Yeager membawa pelampung kolam di atas keretanya. Foto Jabatan Polis llinois

SEORANG ibu ditahan kerana didakwa memandu kereta dengan anak-anaknya di dalam pelampung kolam yang dipasang pada bumbung kenderaan itu.

Janus Yeager, 49, disiasat polis selepas didakwa berbuat demikian dengan dua anaknya di dalam pelampung kolam semasa memandu di bandar Dixon, Illinois di Amerika Syarikat.

Ketika kejadian, polis berkata, Yeager memandu sambil membawa pelampung kolam itu dan mengarahkan anak-anaknya supaya memegang kuat apabila berada di dalamnya.

Bercakap kepada saluran berita WQAD, pegawai polis berkata, Yeager dikatakan memandu ke bandar itu untuk membawa pelampung kolam tersebut di rumah rakannya. 

Bagaimanapun, dia memberitahu anak-anaknya supaya berada di dalam pelampung kolam yang kosong di atas kereta itu semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka. - Mirror UK

pelampung kolam

Artikel Lain