suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelongsor angin terbang gara-gara cuaca buruk, dua kanak-kanak cedera

Dua kanak-kanak cedera akibat kejadian itu. (Gambar Hiasan ACM Entertainments)

SATU rakaman CCTV memaparkan gelongsor angin terbang setinggi tujuh meter.

Menerusi kejadian di Tolyatti, Rusia, dua kanak-kanak turut mengalami kecederaan.

"Gelongsor angin itu terbang kerana angin kencang.

"Anak lelaki saya ada di situ, dia terjatuh atas kaki lima jalan dan terhanutk kepala.

"Anak perempuan saya pula diselamatkan sewaktu gelongsor angin itu sedang bergerak," ujar seorang wanita.

Malah, dia turut mempersoalkan pengurusan keselamatan lokasi permainan kanak-kanak itu.

Ia merupakan kejadian kedua seumpamanya dalam tempoh beberapa hari di Rusia.

Baru-baru ini, empat kanak-kanak mengalami kecederaan kepala dan ada yang koma akibat gelongsor angin yang terbang kerana cuaca buruk. - Daily Star.

Artikel Lain