suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lakukan serangan seksual, lelaki suka tanam buah didakwa bunuh kekasih dengan lobak merah

Calin Laurentiu didakwa membunuh teman wanitanya.

SEORANG lelaki berdepan kemungkinan dipenjara seumur hidup selepas dia menyeksa teman wanitanya secara seksual dengan lobak merah.

Menurut laporan di Romania, Calin Laurentiu mengaku membunuh wanita itu menerusi kejadian yang berlaku di sebuah kampung berhampiran Dambovia County, selatan negara itu.

Laurentiu, 55, dikatakan begitu meminati buah-buahan dan turut menanam lobak merah di belakang kediamannya.

Kata lelaki itu, tindakan itu berlaku kerana dia sedang berada di bawah pengaruh alkohol.

Namun, dia mula berhenti selepas menyedari anita itu sudah tidak sedarkan diri.

Dia kemudiannya menghubungi ambulans sebelum menyedari wanita itu sudah meninggal dunia.

"Saya hubungi ambulans dan sedar ia sudah tidak berguna. Saya sakiti dia. Saya tak berniat nak bunuh.

"Saya sayangkan dia dan dia sayangkan saya. Saya akan mengaku semuanya kepada polis dan peguam.

Menurut jurucakap pejabat pendakwaraya, Camelia Matei, satu tuduhan jenayah melibatkan bunuh dan rogol sudah difailkan ke atas lelaki itu. - Mirror.

Calin Laurentiu, lobak merah, bunuh, rogol

Artikel Lain