suria

4 mayat, 11,000 kg sampah dibawa turun dari Gunung Everest

Longgokan sampah di Gunung Everest. FOTO: Times Now

PENDAKI Nepal membawa turun empat mayat serta 11,000 kilogram (kg) sampah dari puncak Gunung Everest, ujar kerajaan Nepal pada Rabu.

Menurut pasukan pendaki berkenaan, sampah terdiri daripada cebisan khemah, botol oksigen, tin dan pembungkus plastik.

Pasukan pembersihan seramai 20 orang itu melakukan kerja-kerja berkenaan sekitar bulan April dan Mei lalu.

Sehingga kini, identiti empat mayat itu belum dapat dikenalpasti.

Nepal pada tahun ini sahaja sudah meluluskan 381 permit kepada pendaki untuk menawan gunung berkenaan. - India Today.

 

gunung Everest, sampah, maayt, Nepal

Artikel Lain