suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru malukan budak autism beri anugerah 'murid paling menjengkelkan' akhirnya terima padah

Bapa kanak-kanak itu menyifatkan pemberian anugerah tersebut sebagai perbuatan untuk memalukan anaknya.

SEORANG guru dikenakan tindakan selepas memberi anugerah 'murid lelaki paling menjengkelkan di dalam kelas' kepada seorang budak autism berusia 11 tahun.

Kanak-kanak itu menerima anugerah tersebut dalam satu majlis anjuran Akademi Bailly Prepatus di Gary, Indiana pada 23 Mei lalu.

Bapa mangsa, Rick Castejon mengecam pemberian anugerah tersebut yang dianggap sebagai perbuatan yang sengaja dilakukan untuk memalukan anaknya.

"Kami terkejut. Kami tidak menjangka perkara itu berlaku.

"Sebagai pengetua atau guru, anda tidak aptut membiarkan perkara ini berlaku kepada mana-mana pelajar," katanya.

Castejon dan ibu bapa lain yang menghadiri majlis itu turut terpingga-pingga dan terdiam seketika apabila kanak-kanak itu menerima anugerah tersebut.

Jurucakap sekolah terbabit memberitahu guru wanita itu sudah dikenakan tindakan tatatertib tetapi enggan mengulas sama ada dia dipecat. - Metro.co.uk

autism, anugerah, guru

Artikel Lain