suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingatkan terung rupanya jari telunjuk mengelembung selepas abai rawatan dipatuk ular

Jari telunjuk McGee mengelembung seperti terung selepas dipatuk ular derik.

JARI telunjuk seorang pemuda tiba-tiba mengelembung seperti terung selepas dipatuk ular derik atau rattlesnake semasa membersihkan halaman rumah.

Austin McGee bagaimanapun tidak menerima rawatan segera selepas insiden yang berlaku di kediamannya di Franklin, Tennessee.

Dia dipatuk ketika sedang mengambil kepingan logam tetapi tidak mengendahkannya kerana tidak berasa sakit.

Namun beberapa hari kemudian, jari telunjuk McGee membengkak sebesar sebiji lemon selain mengalami jangkitan yang teruk.

Kesan mengelembung itu sudah surut selepas dirawat doktor.

"Ia hanya satu insiden aneh. Sejujurnya saya tidak fikir patukan ular derik memberi kesan teruk seperti ini.

"Doktor memecahkan kesan gelembung itu dan ia kembali surut tetapi kulit sekitarnya mengelupas," katanya.

Doktor percaya McGee dipatuk anak ular derik.

Mereka berjaya merawat luka McGee dengan mengeluarkan darah yang berkumpul di jari telunjuknya yang mengelembung itu dan yakin dia akan kembali pulih. - Metro.co.uk

Artikel Lain