suria

Pelik dan menakutkan, beg duit bentuk mulut lelaki tarik perhatian ramai

Rekaan unik beg duit berbentuk mulut lelaki.

CUKUP pelik namun ia kelihatan begitu realistik.

Pelayar internet baru-baru ini dikejutkan dengan beg duit berbentuk mulut manusia.

Diperbuat daripada getah silikon, ia sesuai untuk diguna bagi tujuan menyimpan duit syiling.

Selain rekaan bibir dan misai yang kelihatan nyata, ia turut dilengkapi lidah dan gigi.

Video mengenai beg duit unik itu disiarkan menerusi sebuah akaun Instagram.

Ia sehingga kini menerima hampir 100,000 tontonan.

Ia menerima reaksi berbeza. Ada yang menyifatkan rekaan itu pelik dan menakutkan, malah ada yang merasakan ia begitu lucu.

Ia direka oleh seorang DJ dari Jepun yang dikenali sebagao Doooo. - India Today.

beg duit mulut, jepun, pelik

Artikel Lain