suria

Beri gelandangan makan Oreo berinti ubat gigi untuk aksi prank, YouTuber dipenjara, 'digantung' lima tahun

Kanghua Ren.

SEORANG YouTuber disekat menggunakan platform laman web perkongsian video itu selama lima tahun selepas melakukan aksi prank melampau terhadap seorang gelandangan.

Kanghua Ren, 21, merakam aksinya membungkus Oreo berintikan ubat gigi sebelum memberikan biskut itu kepada Gheorge L, 52, yang tinggal di sebatang jalan di Barcelona.

Selepas dikecam hebat netizen pemuda itu berkata:"Mungkin saya agak melampau tetapi saya melihat sudut positif. Ini membantu gelandangan itu membersihkan giginya.

"Saya fikir dia tidak pernah menggosok gigi sejak tinggal sebatang kara," katanya.

Biskut disalut ubat gigi itu membuatkan Gheorge yang berasal dari Romania jatuh sakit.

Ren menyalut biskut Oreo itu dengan inti ubat gigi.

Semasa perbicaraan, Ren memberitahu mahkamah bahawa video itu adalah sebahagian daripada siri 'cabaran' dan berunsurkan jenaka.

Dia juga pernah menyalut najis kucing pada kepingan roti dan memberikan makanan itu kepada kanak-kanak di sekolah dan juga warga emas.

Tindakannya itu turut memudaratkan kesihatan warga emas yang menjadi mangsa pranknya.

Ren didapati bersalah kerana melanggar integriti moral gelandangan itu.

Dia kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan diarahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak 17,700 pound sterling kepada Gheorge.

Malah Ren turut diarahkan untuk memadam saluran YouTubenya 'ReSet' dan tidak dibenarkan untuk menggunakan platform itu selama lima tahun. - Metro.co.uk

Oreo, ubat gigi, gelandangan, YouTuber

Artikel Lain