suria

Ibu dirogol anak sendiri selepas pulang berhibur

kejadian itu berlaku di Eastern Cape, Afrika Selatan. (Gambar Hiasan).

SEORANG lelaki didakwa merogol ibunya sendiri sewaktu wanita itu baru sahaja pulang dari sebuah pub.

Suspek dikatakan mengheret ibunya ke atas jalan sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu menerusi kejadian di Eastern Cape, Afrika Selatan.

Seorang jurucakap polis, Kapten Jackson Manatha turut mengesahkan kejadian itu.

"Wanita itu baru pulang ke rumah. Mangsa dengar ada orang berjalan di belakang dia.

"Dia diseret sebelum dirogol. Kami mengecam perbuatan ini. Suspek sepatutnya melindungi ibu sendiri," ujarnya.

Laporan mengatakan suspek berusia dalam lingkungan 28 atau 29 tahun. - Mirror.

rogol, pub, anak rogol ibu

Artikel Lain