suria

YouTuber beli BMW hadiah hari lahir ke-12 tahun

Natthanan bergambar bersama kereta BMW mewah yang dibelinya pada Isnin lalu.

SEORANG budak perempuan yang memuat naik video tutorial solekan di YouTube sejak berusia empat tahun meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-12 dengan membeli sebuah kereta BMW.

Natthanan Sanunrat dari Thailand memperoleh wang menerusi cara itu selepas dia bermula bermain dengan pemerah pipi milik ibunya.

Dia membeli kereta mewah itu yang dianggarkan berharga enam juta baht untuk keluarganya.

Natthanan turut teruja untuk menunjukkan orang ramai mengenai kereta mewahnya itu dengan pengikutnya di You Tube.

Budak perempuan dari wilayah Chonburi itu mempunyai seramai 292,000 pengikut di laman web perkongsian video popular tersebut.

Natthanan gemar bersolek sejak berusia empat tahun.

Natthanan yang juga dikenali sebagai Nong Pear sering dikehendaki firma terkemuka dan dia pernah menyertai acara Minggu Fesyen London tahun lalu.

"Saya melakukan solekan setiap hari sejak berusia empat tahun ketika saya mula membuat tutorial solekan dan memuat naiknya di YouTube.

"Saya menyukainya dan saya bercita-cita untuk menjadi jurumekap artis.

"Saya pergi ke Minggu Fesyen London pada April 2018. Guru saya memberi peluang besar kepada saya untuk pergi ke sana. Saya  menyolek model dan kanak-kanak di sana," katanya.

Natthanan membeli kereta mewah itu pada Isnin lalu.

Namun dia perlu menunggu enam tahun lagi sebelum memandu sendiri kereta itu selepas mempunyai lesen memandu.

Buat masa ini kereta itu dipandu ibu dan bapanya. - Mirror.co.uk

Artikel Lain