suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lantai basah, CCTV papar 4 anggota bomba terjatuh ketika bergegas dapat panggilan kecemasan

Salah seorang daripada empat anggota bomba yang terjatuh akibat lantai basah.

MALANG tidak berbau, begitulah gambaran nasib anggota bomba yang terjatuh akibat lantai yang basah.

Sewaktu kejadian, mereka sedang bergegas untuk menaiki kenderaan bomba sebelum menuju ke lokasi kecemasan.

Perkara itu dipaparkan menerusi satu rakaman CCTV di Balai Bomba Bandar Tianjin, China.

Sewaktu penggera berbunyi, seorang anggota bomba yang melalui kawasan itu terjatuh ke atas lantai.

Ia disusuli tiga lagi anggota yang menerima nasib sama.

Bagaimanapun, mereka berempat tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum bangkit dan bergegas bagi melunaskan tugasan. - Daily Mail.

anggota bomba, lantai licin, terjatuh

Artikel Lain