suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditinggal sendirian, budak 5 tahun panjat keluar rumah sebelum berpaut di tingkat 13

Rakaman sewaktu kejadian yang berlaku di Siyang, Cina, baru-baru ini.

AKSI seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang memanjat bahagian luar tingkap bangunan menjadi tular.

Menerusi rakaman itu, dia berada di bahagian luar kediamannya yang terletak di tingkat 13 di Siyang, China.

Zhou Shaoting, jiran kanak-kanak itu turut kelihatan berada di luar tingkap untuk menyelamatkannya.

Dalam situasi yang cemas, pengawal keselamatan dan jiran tetangga menghamparkan cadar sebagai net keselamatan jika dia terjatuh.

Risau risiko keselamatan, Zhou hanya duduk bersebelahan kanak-kanak itu di luar tingkap sebelum menunggu kehadiran pihak berkuasa.

Bagaimanapun, keluarga kanak-kanak itu sempat pulang sebelum menarik dia masuk kembali ke dalam kediaman mereka.

Ujar datuk kanak-kanak itu, dia menarik kerusi sebelum memanjat keluar tingkap. - The Sun.

Artikel Lain