suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seperti tiga keping pizza terbang, wanita sukar percaya lihat UFO ketika memandu sendirian

Paparan skrin rakaman wanita itu menerusi kejadian pada Rabu lalu.

DAKWAAN mengenai penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) sering dilaporkan di seluruh dunia.

Terbaharu, seorang wanita mendakwa dia melihat UFO sewaktu sedang memandu kereta bersendirian di Tennessee, Amerika Syarikat.

Malah, dakwaan itu turut disertakan dengan bukti rakaman.

Menerusi video itu, kelihatan tiga entiti berbentuk segi tiga seperti pizza yang sedang terbang.

Dia memuat naik rakaman itu ke laman Twitter pada Rabu.

Dikenali sebagai @sadeyezriri, dia turut menghubungi suaminya sejurus melihat UFO berkenaan.

Sewaktu kejadian, dia sedang memandu sambil menyanyi.

Kata wanita itu lagi, tiga UFO berkenaan dianggarkan bersaiz seperti tiga buah kereta. - Daily Mail.

UFO, pizza terbang

Artikel Lain