suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meghan mahu pengasuh warga Amerika, lelaki pun tak kisah

Meghan Markle dan Putera Harry.

MEGHAN Markle mungkin sebahagian daripada keluarga diraja Britan, tetapi pencariannya untuk mendapatkan pengasuh warga Amerika menunjukkan hatinya masih di tanah airnya.

Duchess of Sussesx yang kini hamil lapan bulan dan suaminya, Putera Harry terbuka dengan idea untuk mempunyai pengasuh lelaki.

Bakal ibu berusia 37 tahun itu mengupah kakitangan di sebuah agensi pengambilan pekerja untuk mencari calon yang sesuai untuk mula berkhidmat bagi tempoh tiga bulan akan datang.

Sumber berkata: "Meghan dan Harry mempunyai idea yang jelas tentang bagaimana untuk membesarkan anak-anak mereka. Meghan jelas memberitahu agensi yang dia mahu warga Amerika berbanding warga Britain, dan mahu mereka merasakan sebahagian daripada keluarga dan bukan kakitangan beruniform." - Mirror UK

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain