suria

Lelaki terkaya Eropah janji sumbang lebih RM900 juta bina semula Notre-Dame

Gereja besar Notre-Dame, mercu tanda bersejarah Perancis terbakar malam Selasa. Foto Reuters

LELAKI terkaya di Eropah merupakan salah seorang daripada beberapa hartawan yang berjanji untuk menyumbang berjuta-juta untuk memulih semula gereja Notre Dame yang terbakar.

Sebahagian besar bangunan berusia 850 tahun di Paris itu musnah akibat kebakaran pada malam Isnin, termasuk bumbung bangunan itu.

Bagaimanapun, Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata: "Saya memberitahu kamu semua bahawa gereja ini akan dibina semula oleh kita bersama," katanya sambil menyifatkan Notre Dame sebagai 'sejarah bersama'.

Kini, keluarga Bernard Arnault dan kumpulan barangan mewahnya LVMH berkata, beliau akan menyumbangkan 200 million Euro (RM936 juta) bagi membina semula ikonik gereja itu.

Bernard Arnault merupakan CEO LVMH. Foto Reuters

Beliau dalam satu kenyataan berkata: "Keluarga Arnault dan kumpulan LVMH ingin menunjukkan solidariti mereka pada masa ini mengenai tragedi negara, dan bersama-sama untuk membantu membina semula gereja yang merupakan simbol kepada Perancis, yang menjadi warisan dan perpaduan penduduk tempatan."

Jumlah sumbangan yang ditawarkan Arnault adalah sekali ganda daripada ahli perniagaan, Francois-Henri Pinault yang mula-mula tampil untuk memberikan bantuan berupa wang tunai.

Menurut Forbes, Arnault yang merupakan ketua pegawai eksekutif LVMH merupakan individu terkaya di Eropah.

LVMH menghimpunkan anak-anak syarikat barangan mewah seperti Dior, Marc Jacobs, Bulgari, Givenchy Parfums, Moet & Chandon dan Mercier. - Mirror UK

Notre-Dame

Artikel Lain