suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar perempuan maut terjatuh ketika rakam gambar di menara universiti

Menara di universiti Fordham menjadi tumpuan pelajar-pelajar senior bergambar.

GARA-gara inginkan pemandangan cantik untuk dimuatkan dalam Instagram, seorang pelajar maut akibat terjatuh dari ketinggian 40 kaki.

Pelajar Universiti Fordham berusia 22 tahun itu  terjatuh ketika cuba merakam gambar pukul 3 pagi di menara Keating Hall universiti tersebut.

Paige Monfries meninggal dunia seminggu sebelum majlis graduasinya.

Paige Monfries

Polis New York berkata, Monfries pergi ke Keating Hall bersama kawannya pukul 3 pagi.

Seorang pelajar yang dikenali Anne memberitahu New York Post: “Saya fikir mereka mahu memuatnaik di Instagram.”

Mengikut pelajar universiti, ramai senior memanjat menara tersebut, menyentuh loceng dan mengambil gambar di bahagian luar jendela.-Dailymail.co.uk

jatuh, menara, instagram

Artikel Lain