suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak cas telefon, penumpang berang terkena 'prank' soket palsu

Pelancong di lapangan terbang terkena prank pelekat soket apabila mereka mahu mengecas telefon. Foto Twitter @jacktomhogan

PENUMPANG yang mahu mengecas telefon bimbit berang apabila terkena dengan gurauan atau prank di Lapangan Terbang Dublin.

Menerusi video yang dikongsi di Twitter menunjukkan seorang pelancong cuba untuk menyambung pengecas telefon ke soket di dinding.

Soket itu sebenarnya adalah pelekat yang menyerupai soket yang sebenar.

Klip video tersebut dimuat naik pada 8 April lalu dengan kapsyen 'Soket palsu di Lapangan Terbang Dublin'.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada kakitangan Lapangan Terbang Dublin menyedari pelekat tersebut. 

Pada masa sama, tiada maklumat mengenai lokasi sebenar pelekat soket itu ditampal di bangunan terminal itu.

Setakat ini, Lapangan Terbang Dublin belum mengulas mengenai gurauan berkenaan. - Mirror UK


prank, soket, penumpang, lapangan terbang

Artikel Lain