suria

Duda bengang dapat tahu ibu bapa buang koleksi filem lucah, heret ke mahkamah

Charlie mendakwa koleksi filem lucah telah dimusnah oleh ibu bapanya.

SEORANG duda mengambil langkah mengejutkan gara-gara bengang dengan tindakan ibu bapanya yang telah memusnahkan sejumlah koleksi rakaman filem lucah.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Charlie memang terkenal dengan sikap 'nakal' sejak remaja apabila dibuang sekolah tinggi dan kolej kerana menjual bahan lucah kepada rakan-rakannya.

Perangainya itu terbawa-bawa hingga dewasa dan selepas bercerai, dia kembali ke rumah ibu bapanya dan tinggal percuma di situ sehingga orang tuanya terpaksa melaporkan kepada polis kerana 'situasi domestik' pada Ogos 2017.

Selepas itu dia berpindah ke rumah lain.

Beberapa bulan kemudian ibu bapa Charlie menghantar barang-barangnya ke rumah baharu anak mereka.

Namun Charlie mendakwa semua koleksinya sudah musnah apabila tidak menemui 14 buah kotak yang mengandungi barangan seks dan rakaman filem lucah.

Dia membuat aduan kepada polis dan memberitahu jumlah keseluruhan bernilai $28,940.72 (RM119076.59).

Namun pihak pendakwa raya tidak memberi jaminan untuk kes tersebut.

Gambar hiasan.

Dia terus menghubungi polis dan menghantar 44 email kepada salah seorang pegawai bagi senarai filem lucah yang dimusnahkan.

Tetapi pendakwa raya enggan meneruskan saman terhadap ibu bapnya.

Charlie kini mahu menyaman AS$86,822.16 (RM357229.78) terhadap kemusnahan itu.

Ibu bapanya turut menulis email: "Kami mengira 12 kotak yang dipenuhi dengan barang pornografi, tambah dua kotak dengan barang-barang seks seperti yang kamu beritahu.

"Kami memulakan proses pemusnahan itu dan mengambil masa untuk berbuat demikian.

"Berdasarkan dokumen mahkamah, Charlie memberitahu kepada bapanya: "Jika anda mempunyai masalah dengan barang-barang saya, anda patut jelaskan ketika itu, dan saya akan letakkannya ke tempat lain.

"Berbanding kamu berdiam diri dan bertindak seperti membalas dendam."

Namun bapanya membalas kenyataan anaknya itu: "Percaya atau tidak, salah satu sebab saya memusnahkan barang-barang lucah kamu adalah untuk kesihatan mental dan emosi sendiri.

"Saya akan lakukan perkara yang sama juga jika terjumpa kokain. Satu hari nanti, harap and akan faham." -mirror.co.uk

Koleksi filem lucah

Artikel Lain