suria

Remaja berhenti sekolah lepas jana pendapatan RM798,000 main Fortnite

Spikoski meraih pendapatan lumayan hanya dengan bermain permainan video.

FORTNITE menakluki dunia permainan dalam talian seperti ribut, tetapi bagi kanak-kanak berusia 14 tahun ini, permainan itu membantu dirinya menjana pendapatan lumayan.

Gamer, Griffin Spikoski meraih £150,000 (RM798,000) hanya dengan bermain permainan video sehingga 18 jam sehari.

Remaja itu turut berhenti sekolah dan memilih untuk belajar secara online supaya dia boleh mengurus masa bagi merakam dirinya bermain demi peminatnya di YouTube.

Mirror UK melaporkan, Spikoski memulakan perniagaannya sendiri yang berasaskan permainan video dan turut mengupah seorang penasihat kewangan selepas wang dalam akaun banknya semakin bertambah.

Populariti video Spikoski telah menarik penaja, pengiklan dan pemungut sumbangan untuk melabur iklan dengannya.

Remaja dari New York, Amerika Syarikat (AS) itu menghabiskan lapan hingga 18 jam bermain permainan video setiap hari.

Spikoski secara terbuka mengaku bahawa dia terlalu banyak bermain.

Walaupun dia tidak lagi ke sekolah, ibu bapanya berkeras bahawa dia harus membuat kerja sekolah. - Birmingham Mail UK

Fortnight, Griffin Spikoski

Artikel Lain