suria

Pakar jantina dakwa ibu bapa harus minta izin bayi sebelum tukar lampin

Gambar hiasan. - Getty Images

SEORANG pakar jantita berkata ibu bapa harus mendapatkan persetujuan bayi sebelum menukar lampin mereka.

Tindakan itu bertujuan untuk membiasakan budaya minta izin sejak bayi dilahirkan.

Deanne Carson yang menggambarkan dirinya sebagai seorang pendidik keseksualan, penceramah dan penulis membuat dakwaan itu ketika bercakap di ABC News.

Wanita itu berkata, dia bekerja dengan kanak-kanak semuda usia tiga tahun tentang isu berkaitan persetujuan, namun menambah bahawa ibu bapa dinasihatkan agar memperkenalkan idea itu lebih awal.

Deanne sedar bahawa bayi tidak boleh memberikan jawapan, tetapi berkata membuat hubungan mata atau eye contact untuk mengajar bayi bahawa reaksi mereka adalah penting.

Deanne. - Foto ABC/Mirror UK

"Kami bekerja dengan budak-budak semuda usia tiga tahun.

"Kami juga bekerja dengan ibu bapa sejak mereka melahirkan bayi," katanya pada segmen wawancara berkaitan undang-undang persetujuan.

Wartawan yang menemu ramah Deanne berasa keliru dan bertanya 'sejak lahir?'.

"Ya, tapi ia tentang membiasakan budaya mendapatkan keizinan di rumah mereka dengan berkata 'Saya ingin tukar lampin kamu, adakah ia OK?'.

"Sudah tentu bayi tidak boleh balas 'Ya, ibu. Ia menakjubkan, saya suka kalau lampin saya ditukar'.

"Tetapi, jika anda memberikan ruang dan tunggu bahasa badan sambil membuat hubungan mata, anda membuatkan bayi tahu bahawa reaksi mereka adalah penting," balas Deanne.

Ramai penonton berasa keliru dengan cadangan Deanne selepas menonton wawancara itu. - Mirror UK

pakar jantina, minta izin, bayi

Artikel Lain