suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trump beri masa seminggu untuk Mexico hentikan penghijrahan haram atau sempadan AS ditutup

DONALD TRUMP mengancam untuk menutup sempadan selatan Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan sekiranya Mexico gagal menghentikan imigrasi haram.

Presiden AS tersebut membuat pengumuman selepas terdapat peningkatan pendatang tanpa izin menuju ke utara Amerika Syarikat.

Menutup sempadan itu boleh memberikan kesan ekonomi terhadap kedua-dua negara.

Tetapi presiden AS itu menekankan bahawa dia tidak bergurau.

Dewan Perdagangan AS berkata, langkah itu akan menjadi kekacauan ekonomi yang tidak diundang sekali gus mengancam lima juta pekerjaan orang Amerika.

Organisasi itu menambah bahawa perdagangan barangan AS dan Mexico bernilai sekitar $1.7 bilion (RM6.9 bilion) sehari.

Penutupan itu akan memberikan kesan besar ke atas komuniti di sempadan dari San Diego, California ke South Texas. - Sky News

sempadan, Donald Trump

Artikel Lain