suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar saman jabatan kesihatan kata vaksin “haram dan berdosa”, selepas dilarang main bola keranjang

Foto WKRC

SEORANG pelajar sekolah menengah di Kentucky, Amerika Syarikat menyaman jabatan kesihatan setempat selepas dia dilarang daripada bermain bola keranjang kerana tidak mengambil vaksinasi cacar air.

Seorang senior di Our Lady of the Sacred Heart Assumption/Academy di Walton, Jerome Kunkel enggan mendapatkan vaksin cacar air sambil memetik kepercayaan terhadap agamanya, Kristian.

Dia dan bapanya mendakwa bahawa dia didiskriminasi kerana kepercayaan agamanya.

"Kepada jabatan kesihatan yang mengatakan saya harus mendapatkan vaksin untuk ke sekolah, ia telah melanggar hak Pindaan Pertama saya," kata Kunkle kepada WKRC.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan berkata mereka hanya cuba melindungi orang ramai dengan mengawal wabak penyakit yang telah menjangkiti 32 orang di Our Lady of the Sacred Heart/Assumption Academy.

Jabatan Kesihatan Northern Kentucky mengumumkan, semua pelajar yang tidak mempunyai bukti vaksinasi atau imunisasi cacar air tidak dibenarkan masuk ke sekolah sehingga 21 hari selepas ruam yang menjangkiti individu terakhir berlalu.

Amaran itu juga memberi kesan kepada aktiviti sukan dan kurikulum sekolah sehingga ia terpaksa dibatalkan bagi mengelak penyebaran penyakit ke sekolah dan tempat lain.

Kunkle dan bapanya, Bill, mengatakan bahawa sebarang vaksin yang menggunakan sel-sel janin yang digugurkan adalah tidak bermoral, haram dan berdosa. - Sacramento

vaksin

Artikel Lain