"Kami bersama kamu" - Mesej Putera Harry, Meghan buat mangsa serangan NZ - Dunia | mStar

"Kami bersama kamu" - Mesej Putera Harry, Meghan buat mangsa serangan NZ

DUKE dan Duchess of Sussex memberi penghormatan kepada mangsa serangan rambang di Christchurch dengan melawat pejabat Suruhanjaya Tinggi New Zealand di London.

Putera Harry dan Meghan Markle disambut Pesuruhjaya Tingginya, Sir Jerry Mateparae sebelum meletakkan jambangan bunga dan menandatangani buku takziah.

Mereka menulis "kami ada bersama kamu" sebelum mengakhirinya dengan catatan bahasa Maori "arohanui" yang bermaksud "dengan penuh kasih sayang".

Lima puluh nyawa melayang akibat perbuatan penyerang warga Australia di dua masjid ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat minggu lalu.

Pasangan diraja Britain itu antara golongan kenamaan terawal menandatangani buku ucapan takziah itu sejak pejabat berkenaan membukannya untuk kehadiran pelawat.

Sir Jerry dilihat menyambut Harry dan Meghan dengan budaya tradisi Maori dikenali sebagai Hongi di mana tetamu dan tuan rumah akan mengesel hidung mereka.

Kehadiran Meghan tetap mencuri tumpuan walau mengenakan pakaian hitam dengan subang yang dihadiahkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern ketika pasangan itu melawat negara berkenaan tahun lalu.

Ditanya mengenai tragedi berkenaan, Harry berkata: "Ia kejadian yang sungguh menyedihkan."-bbc.com

Harry , Meghan , NZ

Artikel Lain

Ibu Issey meninggal dunia