suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu menangis terpaksa campur banyak air kosong dengan susu formula kerana kemiskinan

FOTO: MomJunction

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah nasib pilu seorang ibu di United Kingdom (UK) yang kesempitan hidup dalam membesarkan bayinya.

Gara-gara kekurangan wang, seorang wanita terpaksa mencampurkannya susu formula anaknya dengan air kosong yang banyak agar ia tahan lebih lama.

Mahu dikenali sebagai Hayley, dia ternyata bergenang air mata tatkala mengimbas kesusahan itu.

Dia juga sedih dengan kesempitan hidup sehingga terpaksa berbuat demikian kepada anaknya yang berusia sembilan bulan.

Ujar Hayley, dia cuba memberi susu badan namun gagal.

Dia membuat pengakuan itu menerusi sebuah racangan televisyen berjudul Channel 4's Dispatches: The Great Formula Milk Scandal.

Pakar yang hadir dalam rancangan itu juga risau sekiranya bukan Halsye sahaja yang melakukan perkara itu gara-gara kesempitan hidup.

Dengan gaji £1,000 (RM5,404), Halsyey menghabiskan £900 (RM4864) untuk komitmen wajib bulanannya.

Maka, dengan baki gaji 10 peratus dia perlu mengikat perut termasuklah dalam urusan anak kecilnya.

"Ada hari saya langsung tak makan. Bagi anak sahaja yang makan.

"Sedih tengok bayi saya menangis lapar. Saya terpaksa campur air agar susu jadi lebih banyak, jimat," katanya. - Mirror.

Susu Formula, Halsey

Artikel Lain