suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang maut dalam insiden tembakan di Utrecht

SEORANG maut dan beberap orang lagi tercedera dalam satu insiden tembakan yang berlalu di Utrecht, Belanda pagi Isnin.

Polis Utrecht memberitahu, stesen trem di pusat bandar terpaksa dihentikan dan pasukan kecemasan berada di tempat kejadian.

Menurut laporan, seorang lelaki yang berada di dalam trem telah mengeluarkan senjata dan menembak beberapa orang.

Seorang maut dalam kejadian tembak tersebut.

Pasukan Counter Terrorism juga berada di tempat kejadian dan menurut pegawai bertugas insiden tersebut kemungkinan besar dengan 'motif pengganas'.

"Seorang terbunuh dalam kejadian tembakan tersebut," jelas jurucakap polis.

Penembak berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta merah dan kini masih diburu polis. -metro.co.uk

Belanda, tembak, trem

Artikel Lain